LAMAN UTAMA
PAUTAN
SOALAN LAZIM
MAKLUMBALAS
 
   • BERITAHU KAWAN     TANDA LAMAN    BUKU PELAWAT    PETA LAMAN    TERJEMAHAN
 
PROFIL PEJABAT
PROFIL BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
BERITA
ACARA
MAKLUMAT BERGUNA
GALERI
MUAT TURUN BORANG
SUMBER SUMBER
PELANCONGAN KAPIT
CARIAN
 

Pejabat Residen Kapit menang anugerah laman web

01 January 2005



KAPIT: Pejabat Residen Bahagian Kapit telah menjadi johan dalam Pertandingan Laman Web Perkhidmatan Awam Negeri 2004. Pejabat Residen Kapit mengalahkan tiga peserta akhir lain bagi kumpulan Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam kategori ‘outsource’.

Dengan kemenangan ini, Pejabat Residen Bahagian Kapit membawa pulang hadiah tunai RM2,000, sebuah trofi dan sekeping sijil penganugerahan. Pada tahun lepas, Pejabat Residen telah memenangi tempat kedua dalam kateogori yang sama.

Unit Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri muncul sebagai naib johan manakala pemenang saguhati ialah Jabatan Muzium Sarawak dan Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber.

Hadiah-hadiah dianugerahkan kepada semua pemenang oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Perindustrian Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan Hong Nam dalam satu majlis penyampian anugerah pada 22 Disember 2004 di sebuah hotel di Kuching.

Pertandingan kali ini terbuka kepada semua agensi kerajaan negeri. Sebanyak 106 buah agensi menyertai pertandingan itu berbanding 89 pada tahun lepas manakala 24 hadiah ditawarkan berbanding 8 pada tahun 2003.

Semua agensi kerajaan negeri dibahagikan kepada tiga kumpulan yakni Kementerian dan Jabatan Kerajaan; Pihak Berkuasa Tempatan; dan Badan Berkanun dan Syarikat milik Kerajaan Negeri. Setiap kumpulan dibahagikan kepada kategori ‘in-house’ dan ‘outsource’.

Selain itu, anugerah turut diberikan kepada pentadbir laman web terbaik yang dipilih dari semua kumpulan dalam kategori ‘in-house’ yang membangun dan menyelenggara laman web sendiri.

Senarai berikut ialah pemenang-pemenang dalam pertandingan tersebut.

Ministries and Departments
RankingIn-House CategoryOutsource Category
Champion
Jabatan Tanah Dan SurveiPejabat Residen Bahagian Kapit
1st Runner Up Pejabat Daerah Mukah Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM)
Consolation Pejabat Residen Bahagian MiriJabatan Muzium
ConsolationJabatan Pengairan dan SaliranKementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber


State Local Authorities
RankingIn-House CategoryOutsource Category
Champion
Dewan
Bandaraya Kuching Utara
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
1st Runner UpMajlis Perbandaran Padawan Majlis Daerah Kanowit
ConsolationMajlis Perbandaran Sibu Majlis Daerah Saratok
ConsolationNilMajlis Daerah Lawas


Statutory Bodies and State Owned Companies
RankingIn-House CategoryOutsource Category
Champion
Pustaka Negeri SarawakNil
1st Runner UpLembaga Kemajuan Bintulu Nil
ConsolationYayasan SarawakSarawak Forestry Corporation Sdn. Bhd.
ConsolationSarawak Electricity Supply Corporation (SESCo)Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
ConsolationNilPerbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak


Best Webmaster of the Year (for In-House Category across all groups)
RankingWebmasterAgency
Champion
En. Dolhadi Mazuki Dewan Bandaraya Kuching Utara
ConsolationEn. Azri BrahimPejabat Daerah Mukah
ConsolationEn. Lim Hiok Hwa Jabatan Pengairan dan Saliran


Sumber: Pejabat Residen Bahagian Kapit & Unit ICT, Jabatan Ketua Menteri (27/12/2004)

©Hakcipta 2003. Pejabat Residen Bahagian Kapit, Hakcipta Terpelihara. webmaster@kapitro.sarawak.gov.my Penafian