Pentadbiran Bahagian Kapit
|
James Brooke |

|
Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun dari 1841 hingga 1941. Untuk menstabilkan keadaan huru-hara akibat perang yang berleluasa di Sarawak pada ketika itu, Rajah Charles Brooke, pada 1 Jun 1873, membentuk tiga bahagian pentadbiran iaitu Bahagian Pertama (sekarang dikenali sebagai Bahagian Kuching), Bahagian Kedua (Sri Aman) dan Bahagian Ketiga (Sibu).
Pentadbiran setiap Bahagian diketuai oleh seorang Residen sebagai wakil Rajah dan beliau dibantu oleh pegawai-pegawai daerah di peringkat daerah. |
Di samping itu, untuk mengukuhkan kuasa
pentadbiran, kerajaan Brooke membina kubu-kubu di tebing-tebing
sungai yang strategik. Pada tahun 1880, Kubu Sylvia dibina
di pekan Kapit untuk menghalang kedatangan orang Iban ke hulu
Sungai Rejang dan mengelakkan pertempuran mereka dengan Orang
Ulu seperti Kayan dan Kenyah.
Untuk tujuan itu, Kubu Sylvia telah dijadikan sebagai Pejabat
Daerah yang pada masa itu terletak di bawah pentadbiran Bahagian
Ketiga. Orang yang pertama sekali ditugaskan untuk mengetuai
Kubu Sylvia ialah Francis Domingo de Rozario (1880 –1911).
Kubu Sylvia telah menyaksikan beberapa ekspedisi terhadap
pemberontak dan perjanjian damai. Di antaranya ialah Ekspedisi Bukit Batu pertama (9.2.1881), Ekspedisi
Cheremin (19.6.1894), Ekspedisi Yong (25.6.1894), Perjanjian Damai
dengan Merum (20.10.1907), Ekspedisi Gaat pertama (22.2.1915), Ekspedisi
Mujong (14.5.1915), Pertempuran Nanga Pila (2.4.1916) and Ekspedisi Gaat
kedua (5.4.1919) dan Perjanjian Damai Kapit antara suku kaum Iban dengan
Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Kajang) pada 16.11.1924.
Selepas
Perang Dunia Kedua, Sarawak menjadi sebuah koloni Empayar
Inggeris. Pegawai-pegawai Inggeris telah dihantar ke
Sarawak untuk bertugas sebagai Residen dan pegawai daerah.
Pemimpin tempatan daripada keluarga berada dilantik
sebagai Pegawai Bumiputera (Native Officers).
Selepas Sarawak mencapai kemerdekaan
melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963, Kerajaan Negeri Sarawak terus mengekalkan sistem
pentabiran Bahagian.
Sejak itu, penyertaan orang-orang tempatan dalam pentadbiran
negeri telah bertambah dengan pelantikan mereka sebagai
Residen dan pegawai daerah.
Kubu Sylvia terus berfungsi sebagai Pejabat Daerah di
pekan Kapit sehingga pada 2 April 1973, Kapit dinaiktaraf
sebagai sebuah bahagian pentadbiran penuh. Oleh itu,
Pejabat Residen dibentuk dan ditempatkan di Kubu Sylvia
bersama Pejabat Daerah Kapit.
|

|
Pejabat
Residen Bahagian Kapit yang baru |
|
|
|
Pada 30 Ogos 1977, Pejabat Residen berpindah ke Bangunan
Pejabat Kerajaan Negeri manakala Pejabat Daerah Kapit dikekalkan di
kubu. Hanya pada 19 Ogos 1993, Pejabat Daerah Kapit berpindah ke
bangunannya sendiri bersebelahan dengan Bangunan Pejabat Kerajaan
Negeri. Kemudian, pada 1 April 2007, kedua-dua pejabat berpindah lagi ke
Kompleks Kerajaan Negeri baru di Beleteh, Kapit. |
Kini, Kubu Sylvia telah diambil alih oleh
Yayasan Tun Jugah dan dijadikan sebagai sebuah muzium mini.
Walaupun negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia telah
menyingkirkan Sistem Residen , Sarawak masih mengekalkan sistem
itu dengan sedikit perubahan. Residen sekarang tidak lagi
berfungsi sebagai wakil Rajah yang memiliki kuasa dan protokol
yang tinggi dalam pentadbiran negeri. Sebahagian besar tugas
Residen ialah perancangan, pemantauan dan penyeliaan program-program
pembangunan serta hal-hal pentadbiran awam di sesuatu Bahagian.
Pada hari ini, pentadbiran Bahagian di Sarawak masih mengekalkan
kedudukan Residen sebagai Ketua Pegawai Tadbir di peringkat
bahagian manakala pegawai daerah di peringkat daerah.
Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap ditadbir oleh Penolong Pegawai
Tadbir manakala Pejabat Daerah Kecil Nanga Merit dijaga oleh
Wakil Hulu Sungai.
Residen Bahagian Kapit
Sejak pengiktirafan Kapit sebagai sebuah bahagian, seramai
15 orang pegawai telah dilantik sebagai Residen Bahagian Kapit
seperti senarai berikut:
Residen |
Tempoh |
Pancras Eddy Salian |
02.04.1973 - 20.03.1978
|
Abang Mohamad bin Abang
Sarkawi |
21.11.1978 - 24.02.1979
|
Darrell Tsen |
29.06.1979 - 10.05.1980
|
Adenan bin Haji Aman
|
01.10.1980 - 27.07.1981
|
Michael Pilo Gangga |
01.01.1982 - 04.04.1984
|
Adenan bin Haji Aman
|
05.04.1984 - 12.06.1984
|
Stephen Jussem Dundon
|
13.06.1984 - 30.12.1986
|
Noel Hudson Laga |
31.12.1986 - 21.09.1987
|
Patrick Rigep Nuek |
22.09.1989 - 19.06.1991
|
Nillie Tangai |
20.06.1991 - 23.11.1994
|
Jemat Manggi |
24.11.1994 - 31.12.1998
|
Hillary Mukit Guroh |
01.01.1999 - 03.03.2000
|
Michael Saweng |
03.03.2000 - 03.01.2005 |
| Hang Tuah Merawin |
04.01.2005 - 03.05.2009 |
| Dahim Ak. Nadot |
04.05.2009 - kini |
Pentadbiran Bahagian Kapit terdiri daripada pejabat-pejabat berikut:
- |
Pejabat Residen Bahagian Kapit |
- |
Pejabat Daerah Kapit |
- |
Pejabat Daerah Song |
- |
Pejabat Daerah Belaga |
- |
Pejabat Daerah Kecil Nanga Merit |
- |
Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap |
Pejabat Daerah Kecil Nanga Merit dan Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap ditadbir oleh Penolong Pegawai Tadbir dan Pegawai Tadbir masing-masing.
|